Piala Malaysia : Pusingan pertama berakhir tanpa sebarang kejutan

0 362

Uitm FC dan Selangor menjadi dua pasukan terakhir yang mara ke suku akhir Piala Malaysia 2020 tatkala tiada sebarang kejutan disaksikan setelah berakhir kesemua lapan perlawanan pusingan pertama.

Uitm FC mara selepas mengetepikan tentangan sengit Kelantan 3-2 manakala Selangor pula menewaskan Melaka United 2-1.

Dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Uitm FC hampir berputih mata apabila membenarkan Kelantan bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Jaringan awal oleh Arif Anwar (m-13) dan Rafie Yaacob (m-17) meletakkan Uitm FC dua gol di depan pada separuh masa pertama namun dua jaringan pantas Danial Ashraff pada minit ke-61 dan 63 menghidupkan peluang untuk skuad Yusri Che Lah mengintai kejutan.

Bagaimanapun jaringan peribadi kedua Arif pada minit ke-67 memastikan kemenangan buat skuad Franck Berndhart sekaligus menempah pertemuan menentang Pulau Pinang di suku akhir.

Di Stadium Hang Jebat, Selangor mendapat jaringan menerusi Ifedayo Olusegun dan Sandro da Silva manakala Melaka United membalas menerusi Uche Agba.

Terdahulu pada Sabtu, Perak mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kelantan United menerusi hatrik jaringan Leandro Dos Santos dan satu gol oleh Careca manakala Terengganu FC mara dengan mencatat kemenangan 3-1 ke atas PJ City.

Juara bertahan Johor Darul Takzim mara dengan menyingkirkan Kuching FA 1-0; Kedah mara dengan menewaskan Pahang 3-2 sementara juara Liga Premier Pulau Pinang mara ke suku akhir dengan menewaskan Felda United 3-1.

Foto : Kelantan TRW FC

Leave A Reply

Your email address will not be published.