Aston Villa sengaja biarkan rumput panjang

0 713

Legenda Liverpool Graeme Souness berpendapat Aston Villa sengaja membiarkan rumput tumbuh panjang bagi menyekat Liverpool bermain seperti biasa.

Liverpool yang juga penyandang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dimalukan dengan kekalahan besar 2-7 oleh Aston Villa, pasukan yang bergelut di zon penyingkiran musim lalu.

Baca : Zidane tegaskan dia bukan punca Gareth Bale keluar

Aston Villa mendahului 4-1 di separuh masa pertama menerusi hatrik Ollie Watkins dan jaringan John McGinn sebelum menambah tiga lagi di separuh masa kedua menerusi Jack Grealish (2 gol) dan Ross Barkley.

Ketika rehat separuh masa, Graeme Souness yang hadir sebagai pengulas jemputan Skysports mendakwa bola tidak bergerak dengan lancar sepertimana biasa sebaliknya berpusing dalam arah sama di atas padang disebabkan rumput dibiarkan panjang.

Tambahnya situasi pasti berbeza jika perlawanan berlangsung di Anfield.

“Aston Villa membiarkan rumput lebih panjang daripada biasa untuk memperlahankan pergerakan Liverpool.

“Ini bukan alasan kerana kedua-dua pasukan bermain di padang sama tetapi saya boleh katakan mereka merancang dengan baik setelah mengkaji cara permainan Liverpool.

“Bagi saya bola tidak akan bergerak laju atas padang seperti ini dan pasukan yang bermain permainan laju memang akan bergelut.”

Sumber : DailyStar

The Reds kendalian Jurgen Klopp yang menang tiga aksi pertama musim 2020/2021 mendapat dua gol saguhati menerusi Mohamed Salah, sekaligus mengalami dihadiahkan kekalahan pertama musim ini.

Kekalahan mengaibkan ini menyaksikan mereka gagal mengulangi pencapaian hebat mengharungi 30 perlawanan pertama tanpa kalah pada musim lalu.

Kekalahan besar Liverpool ini juga hadir beberapa jam selepas musuh tradisi mereka Manchester United mengalami kekalahan memalukan 1-6 di tangan Tottenham Hotspurs di Old Trafford.

Ini menyaksikan kesemua pasukan gergasi EPL telah mencatat keputusan yang agak ‘pelik’ dalam empat perlawanan pertama liga, yang kini sedang dipimpin Everton.

Leave A Reply

Your email address will not be published.